Friday, July 7

Posted by asYDhia on 11:35 No comments

Simple menu & sgt sedap...tom yam putih ayam...ikut resepi datin isma...

Bahan-bahan:
8-9 ketul ayam
3-4 biji tomato dipotong 4 sebiji
2-3 daun saderi dihiris 
5-6 biji Cabai burung
3 batang serai dipotong-potong
2 kiub ayam
Sedikit halia dipotong nipis
2 biji bawang merah dipotong sederhana besar
3-4 biji air asam limau
3-4 helai daun limau
Sedikit sos ikan
Sedikit perasa (ajinomoto,cukup rasa)

Cara memasak:
1.Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan tomato, serai yang telah dipotong-potong,halia,cabai burung dan ayam
2.Setelah ayam separuh masak,masukkan kiub ayam,saderi,bawang merah,daun limau
3.Perisakan dengan sos ikan,air asam limau dan perasa (sedikit aji & 2 sudu kecil cukup rasa)
4.Masukkan daun sup & daun bawang jika mahu.
5.Boleh juga tambahkan lobak merah,cendawan & bunga kubis jika mahu di step 2
6.Gaul rata dan biarkan masak dalam 5-10 minit.

Selamat mencuba 😊

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment