Selamat berpuasa untuk hari ke sepuluh hari ini...so menu ringkas yang dah mak masak dua hari lepas adalah nasi putih, sambal sotong dan berulamkan daun salad...
Tapi sebenarnya ada lauk lain yang mak tinggal panaskan sahaja...so mari kita tengok resepi ringkas ini....
Bahan yang mak gunakan:1) 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1/4 halia dikisar halus
2) Cili boh yang dah siap dikisar ( 3 sudu besar)
3) Sotong dalam 15 ekor (saiz sederhana)
4) Minyak untuk menumis
5) Bahan perasa (sedikit garam dan cukup rasa)
6) Sedikit air
Cara mak masak simple jer:
1) Mula-mula panaskan minyak dalam pan
2) Tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga naik bau
3) Agak kering masukkan sedikit air
4) Bila bahan tumis dah naik bau masukkan sotong dan gaul rata
5) Nanti air sotong akan keluar untuk menghasilkan kuah, tapi boleh tambah sedikit air lagi untuk membanyakkan sambal
6) Masukkan bahan perasa dan gaul sebati
7) Biarkan dalam 6-8 minit sebelum dihidang
Selamat mencuba dan menjamu selera....
Biar ringkas asalkan sedap dan mengenyangkan :)
Categories: sotong
0 comments:
Post a Comment