Monday, September 8

Posted by asYDhia on 22:47 No comments
Lamanya mak tak makan maggi...finally malam ni mak masak maggi ciptaan orang malas iaitu maggi goreng berperisa tom yam segera bersoskan bbq...

Bahan yang mak gunakan adalah:
1) Sedikit minyak untuk menumis
2) 2 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 5 ketul bebola ayam dikerat dua
4) 1 biji telur 
5) Sedikit tauge
6) Maggi perisa tom yam

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan sedikit.
2) Masukkan bebola ayam dan kacau rata
3) Masukkan sebiji telur dan biarkan sekejab dan kacau bersama berbola ayam
4) Masukkan maggi yang telah dicelur dan gaul rata
5) Masukkan perencah tom yam dan gaul rata serta taburkan sedikit taugeh dan gaul sehingga mesra perasa dengan maggi.
6) Sedia untuk dihidang

Hiaskan dengan sedikit sos BBQ...selamat mencuba...
Categories:

0 comments:

Post a Comment