Bila ada sotong selain dari goreng tepung kita boleh jugak masak gulai lemak supaya berkuah sikit masakan kita terutama bila ada anak kecik yang dah start kuat makan.
Bahan-bahan:
5-7 ekor sotong (cuci bersih)
3 biji kentang (saiz kecil dipotong empat)
1 biji bawang merah
3/4 kunyit hidup ( untuk warna kuning, gunakan serbuk kunyit pun boleh)
5 biji cabai burung (dikisar bersama bawang merah dan kunyit hidup)
1/2 kilo santan ( kurangkan ikut citarasa)
Bahan perasa (sedikit garam, ajino, cukup rasa)
Sedikit air (200ml)
Minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
2- Masukkan kentang dan sedikit air
3- Kacau dan biarkan sehingga kentang empuk
4- Masukkan sotong dan biarkan dalam 2-3 minit
5- Masukkan santan dan gaul supaya tidak pecah minyak
6- Masukkan bahan perasa dan biarkan dalam 3-5 minit
7 - Gaul supaya tidak pecah minyak dan tutup api
Simple dan bahan pun tak banyak...yang penting sedap dan perut kenyang :)
Categories: sotong
0 comments:
Post a Comment