Monday, September 15

Posted by asYDhia on 15:21 No comments
Sedap tak menu atas nie...semuanya boleh diperolehi di Cafe Alumni UTM...kalau sebelum ni terletak di area UTM jalan maktab...iaitu bersebelahan masjid UTM, sekarang ia berlokasi di depan tasik Sri Rampai....

Kawasan rumah kedai yang baru dibina...petunjuknya cari la dulu Restoran Wahab Cendol yang memang jelas nampak dari jalan besar, cafe ni bertempat di deretan belakang Kedai Wahab Cendol....Kedai luas walaupun hanya bertemankan kipas sahaja...

Kebersihan alhamdullilah, kemas dan masakan gulai dagingnya sangat sedap...Menu ni datang dengan nasi putih kukus, 1/4 ayam kampung, ulam sedikit bersama sambal belacan yang sangat sedap dan gulai lemak daging yang memang memenuhi citarasa...

Sirap bandung dia boleh la tahan...tapi bertambah sedap kalau letak soda sikit sure terangkat....Apa pun harga mampu dinikmati dan yang pasti mengenyangkan....

Masakan: 4/5
Kebersihan: 4/5
Layanan: 4/5
Categories:

0 comments:

Post a Comment