Tuesday, December 18

Posted by asYDhia on 22:12 No comments
Dah lama nak update pasal resepi ni...tapi asyik tangguh jer...so simple dengan menggunakan  bahan yang sama sahaja...janji perut kenyang dan sedap...sedap ker...tu kena tanya my hubby hehe...selamat mencuba ;)

A) Nasi Ayam
B) Ayam Panggang
 C) Sup Ayam
 Bahan:

A) Nasi
1. 4 pot beras – dibilas bersih dan diketepikan
2. ½ Bwg Merah, 2 ulas bawang putih, ¼ halia (dipotong hiris)
3. 2 batang Serai (diketuk)
4. 3-4 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
5. Sedikit planta untuk menumis
6. Bahan perasa - 1 kiub stok ayam , garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian)
7. Sedikit kayu manis dan bunga lawang

B) Ayam Panggang
1. ½ ekor ayam (dibasuh bersih dan direbus untuk mendapatkan stok ayam bagi kegunaan nasi dan sup)
2. ½ Bwg Merah, 2 ulas bawang putih, ¼ halia (dikisar halus)
3. 5 sudu kicap manis
4. Bahan perasa - garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian)

C) Sup Ayam
1. 3-4 ketul ayam dipotong kecil-kecil (ambil bahagian isi sahaja)
2. ½ Bwg Merah, 2 ulas bawang putih, ¼ halia (dipotong hiris)
3. Sedikit bunga lawang, kayu manis dan cengkih
4. 1 kiub pati ayam dan sedikit minyak untuk menumis.
5. 5 cawan air rebusan ayam
6. Bahan perasa – 1 kiub stok ayam, garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian)

Cara Buat:

A) Nasi Ayam
1. Panaskan planta dan tumis bawang merah, putih, halia, serai, bunga lawang, kayu manis sehingga naik bau.
2. Sementara itu, masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan masukkan sedikit air rebusan ayam mengikut kesesuaian beras.
3. Apabila tumisan sudah naik bau, masukkan ke dalam periuk nasi.
4. Kemudian masukkan bahan perasa dan tekan butang cook dan tunggu nasi sehingga masak.

B) Ayam Panggang
1. Untuk ayam panggang, perap ayam yang telah direbus bersama bahan kisar, kicap dan bahan perasa. Biarkan dalam 5 minit sebelum dipanggang.
2. Panggang ayam sehingga masak. 

C) Sup Ayam
1. Bagi memasak sup pula, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Masukkan kayu manis dan bunga lawang serta isi ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan gaul rata.
3. Masukkan air rebusan stok ayam dan bahan perasa.
4. Masukkan sayur seperti lobak merah, bunga kubis sekiranya mahu.

^0^ ...Selamat mencuba dan menjamu selera ...^0^


Categories: ,

0 comments:

Post a Comment