Monday, August 5

Posted by asYDhia on 17:19 No comments
Masa harijadi mak yang lepas, kebetulan dalam bulan puasa, so mak hanya masakkan simple juadah buka puasa iaitu spaghetti Bolognese...
 
Bahan yang mak gunakan adalah
1) Spaghetti angle hair (yang memang ada dalam almari baki dulu punya)
2) Chicken Meatball (dalam 10 ketul)
3) Daging cincang (1 pek)
4) Perencah spaghetti jenama adabi 1 botol
5) Sayur campur (dalam 2 genggam - yang frozen punya)
6) Sedikit perasa (garam, ajinomoto/ cukup rasa)
7) 1/2 Bawang merah dan5 ulas bawang putih dihiris halus dan dipotong cincang
 
Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
2) Masukkan daging cincang dan sedikit air dan gaul bagi mesra
3) Masukkan perencah spaghetti dan masukkan sedikit air lagi
4) Masukkan sayur campur dan chicken meatball
5) Biarkan sehingga menggelegak (anggaran 10-15 minit)
 
Pastikan spaghetti telah direbus terlebih dahulu...bila kuah dia dah siap boleh la dihidang :)

Categories:

0 comments:

Post a Comment