Hari tu my friend ada maklumkan yang base untuk pizza ada jual kat kedai kek yang mak pergi di taman melawati hari tu...so hari ni mak kebetulan ke area sana sebab mencari alat tulis untuk my son and my hubby...
Bahan yang mak gunakan adalah base pizza tu, sosej, sayur campur yang kiub punya, sedikit isi ayam yang direbus, cheese mozarila dan sos speggeti...
Mak hanya sapukan sos speggeti diatas base pizza, letakkan isi ayam yang direbus dan letakkan juga sosej yang telah dipotong kecil-kecil . Kemudian mak letakkan sayur campur kiub dan taburkan cheese mozarila menutupi pizza tersebut...
Hasilnya macam dibawah ni...mak bakar dalam oven disuhu 180darjah selama 15 minit....
0 comments:
Post a Comment