Tuesday, November 12

Posted by asYDhia on 21:49 No comments
Finally mak berjaya jugak menghasilkan mee kari ringkas yang terbaik mak rasa (sebab makan untuk diri sendiri) hehee... Tetiba tekak teringin nak makan mee kari...terus ke NSK berdekatan rumah cari bahan-bahan...
Bahan yang mak gunakan:
1) 1 paket mee kuning
2) 1 paket fish ball dan 1 paket fish cake
3) 500 gram isi ayam dipotong dadu
4) 1 paket taucu goreng (saiz kecil-kecil)
5) 20 biji telur puyuh (direbus)
6) 1 ikat sawi (potong kecil-kecil dan celur)
7) 50sen tauge (celur)
8) Sekilo Kerang (rebus dan kupas)
9) 500 gram santan pekat
10) 4 sudu serbuk kari
11) 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/4 halia (dipotong nipis-nipis)
12) 2 ulas bunga lawang, 1/4 kayu manis, 3 biji pelaga
13) 2 tangkai daun kari
14) Air untuk kuah
15) Garam, serbuk cukup rasa dan sedikit perasa (ikut kesesuaian)
16) Sedikit air asam jawa
17) Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara memasak (Sama macam masak kari):
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, halia, kayu manis, pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kari dan kacau serta masukkan air sedikit supaya tidak hangit tumisan tersebut
3) Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu bersama 200ml lagi air
4) Masukkan sedikit air asam dan kacau rata
5) Setelah isi ayam empuk, masukkan santan dan sedikit air untuk memastikan kuah tidak terlalu pekat
6) Kacau supaya santan sebati dan tidak pecah minyak dan masukkan fish ball dan fish cake
7) Masukkan garam, cukup rasa dan sedikit perasa mengikut kesesuaian
8) Bila menggelegak tutup api dan sedia untuk dihidang

Cara menghidang:
Masukkan mee yang telah dicelur, masukkan kuah kari tersebut dan hias dengan sawi, taugeh, telur puyuh dan tauhu serta kerang...

p/s: Kerang boleh juga dimasukkan sekali semasa kuah dimasak.
Categories:

0 comments:

Post a Comment