Wednesday, May 28

Alhamdullilah akhirnya mak berjaya membuat cheese tart blueberry...rahsianya mudah dan tak perlu susah-susah...hanya perlu cari shell or crust yang siap di kedai kek BAGUS ditaman melawati untuk cheese tart ini...ada 12 biji sahaja satu pek...biasanya mak beli dalam 3 pek kelongsong kosong acuan tu...rasa pun ok dan sedap...
Bahan untuk mak letak isi acuan ni:
1) 250 gm cream cheese
2) 50 gm gula halus
3) 1 biji telur saiz gred A
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) Inti blueberry (yang dah siap jugak dari kedai kek BAGUS)

Caranya:
1) Putar cream cheese dengan gula sehingga menjadi krim, masukkan telur dan esen vanila (mak pakai esen pandan) dan putar lagi sehingga menjadi krim.
2) Masukkan blueberry sedikit dalam acuan dan tutup dengan cream cheese yang telah diputar tadi.
3) Untuk corak, ambik sedikir cream cheese letakkan sedikit blueberry dan gaul sehingga menjadi warna ungu.
4) Ambik sedikit menggunakan lidi pencungkil gigi (yang bersih dan belum digunakan) dan lukis corak diatas cream cheese tadi.
5) Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 3 -5 minit.

Selamat mencuba ^-^
13:59 asYDhia

Wednesday, May 14

Atas permintaan seorang kawan baik a.k.a adik comel...mak pun buatkan la Sherperd Pai ni...sebenarnya bila mak google nampak macam senang dan bahan pun tak la susah cari...so semalam mak nekad merajinkan diri yang sedikit malas ni buat pai ni...
  
Bahan yang digunakan untuk base:
1. 20 biji kentang (direbus empuk) - anggaran 9 bekas seperti gambar
2. Sedikit lada sulah
3. 3 sudu besar butter
4. Sedikit garam
5. 60ml susu segar

Bahan untuk inti:
1. 1 bungkus daging kisar 
2. 1 tin cendawan (dipotong nipis-nipis)
3. 1 botol sos spagetti
4. 1 batang carrot (dihiris halus)
4. 3 ulas bawang putih (dipotong cincang)
5. 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
6. Sedikit minyak masak
7. Sedikit cukup rasa dan ajinomoto

Cara membuat base:
1. Kentang yang telah direbus di lenyek hingga sebati, masukkan butter, susu sedikit demi sedikit dan garam sebagai perasa. (mak letak cukup rasa sikit).
2. Putar sampai lembut (kalau malas pakai je mixer)

Cara membuat inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan gaul rata
3. Masukkan pes tomato (sos spagetti) dan gaul rata.
4. Masukkan cendawan dan carrot serba bahan perasa dan gaul.
5. Biarkan mendidih dalam 3-5 minit dengan api sederhana kecil.

Cara membuat:
1. Masukkan 1/2 kentang lenyek di dalam bekas loyang atau bekas makanan seperti digambar dan ratakan.
2. Masukkan sedikit inti daging tersebut dan ratakan.
3. Masukkan sekali lagi kentang lenyek tersebut dan ratakan.
4. Tabur cheese diatasnya menutupi kentang tersebut.

* boleh buat beberapa layer yang dirasakan perlu dan diakhiri dengan kentang diatas.

Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celsius dan bakar selama 20-25 minit.

Selamat mencuba :)
15:00 asYDhia