Wednesday, May 28

Posted by asYDhia on 13:59 No comments
Alhamdullilah akhirnya mak berjaya membuat cheese tart blueberry...rahsianya mudah dan tak perlu susah-susah...hanya perlu cari shell or crust yang siap di kedai kek BAGUS ditaman melawati untuk cheese tart ini...ada 12 biji sahaja satu pek...biasanya mak beli dalam 3 pek kelongsong kosong acuan tu...rasa pun ok dan sedap...
Bahan untuk mak letak isi acuan ni:
1) 250 gm cream cheese
2) 50 gm gula halus
3) 1 biji telur saiz gred A
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) Inti blueberry (yang dah siap jugak dari kedai kek BAGUS)


Caranya:
1) Putar cream cheese dengan gula sehingga menjadi krim, masukkan telur dan esen vanila (mak pakai esen pandan) dan putar lagi sehingga menjadi krim.
2) Masukkan blueberry sedikit dalam acuan dan tutup dengan cream cheese yang telah diputar tadi.
3) Untuk corak, ambik sedikir cream cheese letakkan sedikit blueberry dan gaul sehingga menjadi warna ungu.
4) Ambik sedikit menggunakan lidi pencungkil gigi (yang bersih dan belum digunakan) dan lukis corak diatas cream cheese tadi.
5) Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 3 -5 minit.

Selamat mencuba ^-^
Categories:

0 comments:

Post a Comment