Monday, June 17

Posted by asYDhia on 19:01 No comments
Hari ini merupakan hari pertama mak ganti puasa selepas berbulan puasa enam dahulu...kalau ikutkan mak ada lagi 4 hari nak settlekan posa ganti....hope mak berjaya habiskan sebelum bulan july menjengah...
Petang ni menu mak ringkas je...ada nasi putih, ikan kembung panggang berlada and daging lada hitam bersama sayur...
So mak nak kongsi resepi
Bahan yang digunakan:
1. 500 gram Daging dipotong nipis-nipis (diperap bersama lada hitam sedikit, garam, serbuk cukup rasa)
2.Sayur lobak merah dipotong dadu (anggaran 1 batang)
3.Kobis bunga (separuh) dipotong besar-besar
4.Perasa sedikit
5. Sedikit air masak
6.Perencah masakan lada hitam jenama maggi
Cara memasak:
1.Panaskan pan ajaib (pemanggang ajaib) bersama planta
2.Masukkan daging yang telah diperap dengan sedikit air.
3.Biarkan dalam 15 minit masukkan perasa lada hitam jenama maggi dan gaul bagi sebati.
4.Selepas 5 minit masukkan sayur-sayuran dan tutup
5.Biarkan selama 40 minit dan sedia utk dihidang.

Selamat mencuba




Categories:

0 comments:

Post a Comment