Bahan-bahannya:
1. 20 biji telur puyuh direbus dan dikupas kulitnya
2. 2 biji bawang kecil dan 3 ulas bawang putih bersama 1/4 halia dikisar halus
3. 4 sudu cabai yang telah dikisar halus
4. Bahan perasa seperti ajinomoto, serbuk cukup rasa dan garam
5. 1/2 sudu air asam jawa (pati asam jawa)
6. Sedikit air
7. 1 bawang besar dipotong bulat
8. Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cabai sehingga naik wangi
2. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air (masukkan air lebih sedikit sekiranya mahupun sambal yang lebih)
3. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan telur
4. Masukkan bahan perisa dan gaul sebati
5.Masukkan bawang merah yang telah dipotong bulat dan gaul selama 2 minit
Sedia untuk dihidang
mode: comotnya mangkuk lauk :(
Categories: telur
0 comments:
Post a Comment