Simple je masak dadih ni...kalau kat luar mau 1 bekas kecil RM1.50 padahal sebungkus serbuk dadih baru RM5.30, susu cair dalam RM2.40 and gula sikit...
Ok bahannya simple je, air dalam 3 liter, gula mak letak dalam 6 sudu besar, susu cair 1 tin dan tentunya sebungkus serbuk dadih...perisa ikut suka sebab kat kedai ada macam-macam perisa...
Cara nak masak mak panaskan air, agak dah mendidih air, masukkan serbuk dadih, gula, susu cair dan serbuk perasa buah yang ada dalam bungkusan tu...gaul sampai larut dan matikan api.
Kemudian masukkan dalam bekas kecil-kecil bila dah agak suam-suam gitu....bila dah almost sejuk baru masukkan dalam peti sejuk.
Selamat membuat dadih sendiri :D
Categories: dadih
0 comments:
Post a Comment