Tetiba rasa nak buat kerabu sotong...simple n mudah...resepi mak follow kat instagram @datinismatia or @masakwithpassion
Bahan2:
Sotong dalam 6 ekor dikerat-kerat (celur seketika bagi masak)
1 biji bawang potong halus-halus
6biji cili api dihiris halus (nak kurangkan pedas kurangkan cili api)
1 batang bunga kantan dihiris halus
2 batang serai dihiris halus
2 biji tomato dipotong 4 sebiji
1 sudu gula
Sedikit garam
Air asam limau (2-3 biji air limau nipis)
Cara memasak:
1.Masukkan sotong yang telah direbus
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris halus (bunga kantan,serai,tomato,bawang merah & cili api a.k.a cabai burung)
3.Masukkan gula,garam & air asam limau
4. Gaul rata
Selamat mencuba 😊
Categories: sotong
0 comments:
Post a Comment