Wednesday, July 25

Posted by asYDhia on 15:04 No comments



Bahan:
1. 5-6 ekor sotong (bersaiz sederhana)
2. ½ kilo santan (untuk rendam pulut dan masak bersama sotong)
3. 3 sudu besar gula melaka
4. Garam, aji, cukup rasa (ikut selera masing-masing)
5. ½ cup beras pulut (pakai cup sukatan beras)
6. 3 sudu gula pasir
7. Lidi halus (untuk mencucuk sotong bagi mengelakkan pulut terkeluar)

 Cara Buat:
1. Rendam pulut bersama santan dalam ½ jam
2. Cuci sotong sehingga bersih
3. Masukkan pulut bersama sedikit santan ke dalam perut sotong (dalam 2 sudu kecil) dan letakkan kepala sotong semula serta cucuk dengan lidi kecil bagi mengelakkan pulut terkeluar apabila masak (ulang sampai semua sotong selesai dimasukkan pulut)
4. Letakkan sotong ke dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam/aji/cukup rasa dan santan
5. Masak sehingga perut sotong kelihatan kembung (anggaran dalam 15 – 20 minit)

^0^ …   Selamat mencuba dan menjamu selera …^0^
Categories:

0 comments:

Post a Comment