Nasi minyak yang dimasak masa jamuan majlis raya rumah hari tu...
Bahan:
1. Minyak sapi (1/2 tin), Minyak jagung 3 sudu, planta 4 sudu
2. Beras (dlm 10 pot kecil - basuh dan toskan)
3. Lobak Merah (1 batang - hiris halus)
4. Garam, aji, cukup rasa (cukup rasa)
5. Susu Cair (1 tin)
6. Kismis (1/2 kotak)
7. Bwg merah, putih, halia (hiris halus)
8. Bwg merah, putih, halia, serai (kisar halus)
9. Daun sup dan bawang (potong dlm 1/2 inci)
10. 2 ketul gula batu (saiz sederhana)
11. 1 1/2 kiub ayam
10. 2 ketul gula batu (saiz sederhana)
11. 1 1/2 kiub ayam
Cara Buat:
1. Panaskan 1/2 tin minyak sapi, planta dan minyak jagung
2. Tumis bwg merah, halia, serai yg dihiris sehingga naik bau dan masukkan bwg merah, putih, halia, yang dikisar pula. Masak sehingga naik bau dan agak-agak kering
3. Masukkan 1 1/2 kiub ayam dan gula batu. Masak sampai gula batu cair (Masak atas api dapur yg sederhana)
4. Masukkan 3/4 tin susu cair
5. Masukkan bahan perasa dan bg tumisan agak sederhana kering
6. Masak nasi seperti biasa (cuma kurangkan sedikit air)
7. Bila nasi menggelegak, masukkan bahan tumisan, kacau dan rs (sekiranya kurang masin)
8. Bila nasi agak kering, masukkan hirisan lobak merah, kismis, daun sup dan bwg
9. Gaul rata dan biarkan sehingga masak.
^0^ ...Selamat mencuba dan menjamu selera ...^0^
Categories: nasi
0 comments:
Post a Comment