Just a simple resepi buat biskut nie...ni merupakan percubaan kali ke-3 (3 thn berturut2) n alhamdullilah finally mak mampu buat yeaaayyyy.....Sbb seblum2 nie asyik hangit n belerai cornflakes dia n x rangup...but thn nie x da lagi hehhee...ni bahan2 n cara membuat biskt ni...base on apa yg mak buat...
Bahan:
1. 1 kotak cornflakes (325gram-if not mistake)
2. 9 sudu besar gula kastor
3. 9 sudu besar madu (original madu)
4. 1 botol kecil gula manik (yang berwarna warni)
5. Sarung biskut (cup cakes saiz kecil)
6. 1 buttercup (250gram)
Cara Buat:
1. Panaskan butter smpai cair (mak panaskan dlm microwave jer...almost 2 minit)
2. Masukkan gula kastor dan madu bersama2 butter (panaskan lagi dlm microwave untuk hancurkan gula tu - anggaran 1 minit)
3. Masukkan butter, gula dan madu td ke dalam mangkuk besar dan masukkan cornflakes tersebut.
4. Gaul smpai rata semua cornflakes
5. Letakkan cornflakes ke dalam acuan cup cakes n tabur manik gula sedikit.
6. Panaskan dalam micowave selama 40saat.
7. Biarkan sejuk dan boleh disimpan.
Kenapa mak gunakan microwave sbb bila mak ikut resepi orang mengatakan suhu oven 180 darjah n selama 10 minit, cornflakes mak hangit n x melekat pun satu sama lain cornflakes tu...tp bila mak panaskan dlm microwave, cornflakes tu melekat cantik ;)
^0^ ...Selamat mencuba dan menjamu selera ...^0^
Categories: biskut
0 comments:
Post a Comment