Sunday, October 14

Posted by asYDhia on 14:26 No comments
Masa raya baru-baru nie...my house buat open house tapi jemputan tak ramai coz rumah kecik jer...antara menu yang dihidangkan adalah aga-agar nie...nak kata puding tak sure lak sebab masa buat tak guna susu pun...so ni la hasilnya...


Bahan:
1. 1/2 paket agar-agar
2. 6 sudu besar gula kasar
3. 1 tin laici
4. 1 paket agar-agar berwarna
5. 4 cawan air
6. 2 sudu perisa laici
7. 1 tin susu cair 

Cara Buat:
1. Masak air 4 cawan tersebut sehingga mendidih dan masukkan 1/2 paket agar-agar yang telah dibasuh sehingga larut
2. Masukkan gula kasar dan gaul sehingga larut
3. Masukkan juga 2 sudu perisa laici dan gaul semua bahan sehingga gula cair dan menggelegak sedikit dan tutup apr dapur
4. Ambil bekas dan susun buah laici tin di atas loyang dan juga agar-agar berwarna
5. Bila agar-agar yang dimasak tadi sejuk, tuangkan ke dalam loyang tersebut
6. Biarkan sehingga agar-agar menjadi suam sebelum masukkan ke dalam peti sejuk 
7. Bila dah keras, potong dan hidangkan

Selalunya agar-agar ni kami makan bersama susu cair...yang paling kerap menghabiskan semuanya adalah my hubby ngan anak-anak...me just tukang buatkan je hehe

^0^ ...Selamat mencuba dan menjamu selera ...^0^
Categories:

0 comments:

Post a Comment