Tuesday, October 16

Posted by asYDhia on 14:08 No comments
Sekiranya malas nak masak lemak pucuk paku, rasanya baik tumiskan saja pucuk paku bersama udang...rasa pun sedap jugak makan bersama nasi putih yang masih panas-panas bersama ikan goreng...menu yang sangat ringkas as long sedap n kenyang dimakan... ;)





Bahan:
1. 1 ikat pucuk paku (diasingkan yang muda dan tua)
2. 1/2 Bwg Merah, 1 biji cabai masak, 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
3. Minyak Masak (utk menumis)
4. 10 ekor udang (dibersihkan)
5. Sedikit air masak
6. Bahan perasa - Gula, garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian)

Cara Buat:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau
2. Masukkan bahan perasa 
3. Masukkan pucuk paku dan gaul rata dan masukkan sedikit air masak untuk mencepatkan sayur menjadi lembut
4. Masukkan udang dan gaul rata dan sedia di hidang (anggaran 4-5 minit)

^0^ ...Selamat mencuba dan menjamu selera ...^0^
Categories:

0 comments:

Post a Comment