Bahan-bahan yang digunakan:
1) 5 genggam makaroni bersaiz kecil direbus sehingga lembuk dan ditoskan
2) 1/2 botol sos spaggeti jenama adabi
3) 100 gram daging cincang
4) 1 batang sosej yang dipotong dadu
5) 5 biji chicken ball yang dipotong empat
6) 1/2 batang lobak merah yang dihiris nipis
7) Sedikit garam, serbuk cukup rasa dan ajinomoto (ikut kesesuaian)
8) cheese mozzarella untuk menutupi macaroni (anggaran dalam 200 gram)
9) 1/2 bawang merah dan 3 ulas bawang putih dipotong dadu halus-halus
Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong dadu halus-halus
2) Masukkan sos spaggeti dan masukkan daging cincang dan apabila separuh masak masukkan sosej dan chicken ball serta carrot yang telah dihiris nipis
3) Kacau rata dan masukkan bahan perisa mengikut kesesuaian
4) Masukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata bersama semua bahan yang telah ditumis tadi dan masak sehingga 4-5 minit
Untuk membakar:
1) Sediakan Loyang pembakar dan panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180 darjah celcius selama 10 minit
2) Kemudian masukkan semua macaroni tadi ke dalam loyang pembakar dan ratakan di dalam bekas
3) Tabur cheese mozzarella sehingga menutupi semua macaroni tersebut
4) Bakar dalam 18 - 20 minit dengan suhu kepanasan yang sama (180 darjah celcius)
5) Siap dan sedia untuk dihidang
Selamat menjamu selera
Categories: macaroni
0 comments:
Post a Comment