Wednesday, November 20

Posted by asYDhia on 10:17 No comments
Ayam masak merah memang sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi daging atau nasi tomato...resepi masih sama macam ayam masak merah cuma mak letakkan kacang peas hijau...

 
Bahan:
1. Ayam - dalam 7 ketul  (basuh n digoreng)
2. 3 biji Bwg Merah, 4 ulas Putih, sedikit Halia,
3. Minyak Masak (utk menggoreng + menumis)
4. 4 sudu cili boh(yang siap punya)
5. Air asam jawa (sedikit)
6. Bahan perasa - Gula, garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian) 7. Sedikit serbuk kunyit
8. 1 tin kecil kacang peas hijau

Cara Buat:
1. Goreng ayam (diletakkan sedikit serbuk kunyit, garam dan ajinomoto) sehingga kuning-kekuningan
2. Tumis bahan yg dikisar bersama cabai kering
3. Bila bahan kisar dah naik bau, masukkan air asam jawa sedikit, masukkan sedikit air (sekiranya sambal pekat dan untuk tumisan tidak hangit)
4. Masukkan kacang peas hijau tersebut dan masukkan bahan perasa mengikut kesesuaian
5. Masukkan ayam dan gaul rata
6. Sedia untuk dihidang

** Selamat mencuba dan menjamu selera ** 
Categories:

0 comments:

Post a Comment