Friday, November 15

Posted by asYDhia on 21:58 No comments
Bila rebus daging untuk buat Daging Dendeng, sure air rebusan yang digunakan untuk memasak sedikit sahaja dan air selebihnya akan dibuang...tapi kebiasaanya mak akan buat Nasi Daging menggunakan air rebusan tersebut...So bila Nasi Daging dah siap bolehla makan bersama Daging Dendeng...

 
Bahan:
1. Minyak sapi (3 sudu), Minyak jagung 3 sudu, planta 4 sudu
2. Beras (dlm 4 pot kecil - basuh dan toskan)
3. Lobak Merah (1 batang - hiris halus)
4. Garam, aji, cukup rasa (cukup rasa)
5. Bwg merah, putih, halia (hiris halus)
6. Air rebusan (mengikut sukatan nasi)
7. Bawang goreng untuk hiasan 
8. 1 1/2 kiub ayam

Cara Buat Untuk Tumisan Nasi:
1. Panaskan minyak sapi, planta dan minyak jagung
2. Tumis bwg merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan sedikit air rebusan untuk memastikan hasil tumisan tidak hangit
4. Masukkan 1 1/2 kiub ayam (Masak atas api dapur yg sederhana) selama 2-3 minit dan tutup api.
 
Cara Memasak Nasi:
1. Basuh beras dan masukkan air rebusan daging ke dalam beras mengikut sukatan untuk memasak nasi dan masak seperti biasa di periuk nasi.
2. Bila nasi hampir menggelegak, masukkan bahan tumisan tadi dan masukkan garam atau serbuk cukup rasa sekiranya perlu.
3. Apabila nasi dah masak, masukkan lobak merah yang telah dihiris nipis dan biarkan sehingga nasi masak.

Boleh juga letakkan kismis sekiranya mahu...

Selamat mencuba dan menjamu selera :)
Categories:

0 comments:

Post a Comment