Teringatkan roti kat rumah yang banyak teringat juga pada puding roti...tapi mak tak pandai nak buat terpaksala google dulu..hasilnya my hubby cadangkan resepi dari SINI
Actually banyak resepi yang mak jumpa, antaranya puding roti bakar berkismis, ada coklat cip dengan kastard pun ada...tapi nak menu senang buat yang ni je la...walaupun sebenarnya susah huhuhu...susah sebab mak tak pandai nak hasilkan gula yang bagus..
Bahan yang mak gunakan:
1) 10 keping roti gardenia
2) 1 tin susu cair
3) 12 sudu besar gula
4) Sedikit esen vanila
5) 4 biji telur
6) 1/2 cawan kecil air
Cara membuat:
1) Ambil roti dan potong kecil-kecil (nak carik-carik pun boleh) dan rendam bersama 1 tin susu cair dan tekan-tekan roti supaya menyerap susu tersebut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit.
2) Kacau 8 sudu besar gula di atas api yang kecil sehingga kekuningan (gunakan loyang pengukus siap-siap kerana gula cepat sejuk dan membeku sekiranya menggunakan bekas lain dan menyukarkan untuk dituang ke dalam loyang)
3) Gunakan pengisar untuk mendapatkan hasil adunan roti yang halus ( kisar 4 sudu gula, 4 biji telur, 1/2 cawan kecil air, sedikit esen vanila dan roti yang telah direndam tadi), kisar sehingga halus.
4) Sementara gula dan adunan kisar disediakan, boleh la sediakan tempat pengukus
5) Masukkan roti yang telah dikisar ke atas loyang yang sudah ada gula dimasak tadi
6) Kukus selama 30 - 40 minit
7) Biarkan sejuk seketika dan terbalikkan puding supaya menjadi seperti gambar
Selamat mencuba ^-^
** pengalaman pertama buat puding...suka sebab menjadi alhamdullilah...mak dan my hubby pun suka..my son cakap sedap sikit (sebab first time makan) ...
Categories: puding
0 comments:
Post a Comment