Monday, September 8

Lamanya mak tak makan maggi...finally malam ni mak masak maggi ciptaan orang malas iaitu maggi goreng berperisa tom yam segera bersoskan bbq...

Bahan yang mak gunakan adalah:
1) Sedikit minyak untuk menumis
2) 2 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 5 ketul bebola ayam dikerat dua
4) 1 biji telur 
5) Sedikit tauge
6) Maggi perisa tom yam

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan sedikit.
2) Masukkan bebola ayam dan kacau rata
3) Masukkan sebiji telur dan biarkan sekejab dan kacau bersama berbola ayam
4) Masukkan maggi yang telah dicelur dan gaul rata
5) Masukkan perencah tom yam dan gaul rata serta taburkan sedikit taugeh dan gaul sehingga mesra perasa dengan maggi.
6) Sedia untuk dihidang

Hiaskan dengan sedikit sos BBQ...selamat mencuba...
22:47 asYDhia

Monday, August 18

Bahan-bahan untuk doh:
1. 2 Cawan tepung gandum
2. 1 sudu minyak masak (minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu dan diketepikan) 
3. 4 sudu marjerin 
4. Sedikit air sejuk (air masak dalam peti sejuk)
5. Sedikit garam 

Cara Membuatnya:
1. Masukkan tepung gandum brsama marjerin dan gaul rata sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti.
2. Buat sedikit lubang ditengah adunan dan masukkan minyak masak yang panas tadi kedalam tepung dan uli sedikit demi sedikit.
3. Bila adunan sudah sebati, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat di jari.
4. Bila sudah menjadi doh yang tidak melekat, ketepikan doh untuk membuat inti karipap pula.

Bahan untuk membuat inti:
1. 1 tin sardin (ambil isi dan hancurkan) asingkan kuah sardin tersebut dan ketepikan.
2. 2 bawang dan 4 ulas bawang putih dicincang halus.
3. 3 sudu cabai kisar. 
4. 5-6 biji ubi kentang dipotong dadu. 
5. Sedikit serbuk perasa (Garam,cukup rasa,gula sikit)

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cabai blander sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan isi ikan sardin dan kacau seketika.
3. Masukkan kuah sardin bersama ubi kentang dan sedikit air.
4. Masukkan sedikit perasa mengikut kesesuaian dan kacau sehingga kuah sederhana kering.
5. Ketepikan inti dan biar sehingga sejuk. 

Selamat mencuba
13:16 asYDhia

Monday, August 11

Bahan yang digunakan:

1) Roti pita 1 paket (10 roti)
2) Daging burger sepeket @ daging cincang
3) 3 biji bawang merah
4) 5 ulas bawang putih
5) 1 batang lobak merah diparut halus
6) Kubis @salad dihiris halus
7) Sedikit lada sulah dan lada hitam (ikut kesesuaian)
8) Bahan perasa (sedikit garam, aji dan cukup rasa)
9) Sedikit planta untuk diguna bersama roti dan sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1) Bakar roti dengan butter atas pan sehingga kekuningan dan ketepikan
2) Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau
3) Masukkan isi daging bersama lada hitam, lada sulah dan perasa serta lobak yang dihiris
4) Potong roti kepada dua bahagian dan belah ditengahnya
5) Masukkan inti kedalam roti pita
6) Masukkan salad @ kubis hias dengan sos serta mayonis

Selamat mencuba dan menjamu selera ^-^
09:03 asYDhia

Sunday, July 13

Hasil air tangan suami tercinta...sup tulang ala  thai...

Bahan yang digunakan:
1) 1/2 kilo tulang (Direbus empuk)
2) 2 paket sup bunjut tulang
3) 1 sudu besar dsup serbuk
4) 2 sudu sos ikan
5) 2 biji ubi kentang dipotong dadu
6) 2 biji cili padi diketuk
7) Sedikit air perahan limau nipis
8) 1 biji tomato dibelah empat
9) Sedikit daun sup & daun bawang
10) Sedikit bahan perasa (garam, aji, gula & cukup rasa)

Bahan yang ditumbuk:
1) 2 ulas bawang merah 
2) 3 ulas bawang putih
3) suku Inci halia

Cara membuatnya:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik wangi bersama rempah sup bunjut tulang
2) Masukkan sos ikan dan serbuk sup bersama sedikit air rebusan tulang tadi
3) Masukkan ubi kentang dan masukkan semua air rebusan tulang tadi bersama tulang tersebut
4) Masukkan bahan perasa dan gaul rata serta masukkan air perahan limau dan cili padi tadi  serta tomato
5) Masak selama 15-25 minit atau sehingga kentang empuk

Selamat mencuba ♥♥
13:44 asYDhia

Friday, July 11

Bulan-bulan puasa ni tekak pun nak yang bakar-bakar je...hari tu dah cuba ikan bakar kembung, sekarang ayam bakar lak..tapi bukan mak yang buat, ini kali resepi dari my sister...
Bahan untuk ayam:
1) Sekor ayam dicuci bersih dan diperap dengan bahan perasa (serbuk rasa, garam dan sedikit aji) dan 2 sudu besar gula
Bahan untuk kisar:
1) 3 sudu besar cabai
2) 1/4 halia
3) 5 ulas bawang putih
4) 2 biji bawang besar
5) 4 batang serai
6) Minyak utk menumis

Bahan untuk kuah:
1) 3 keping asam keping
2) 200 ml santan (santan kotak kecil)
3) Bahan perasa (garam, aji dan cukup rasa, 3 sudu besar gula)
Kuah utk ayam percik:
1) Masukkan bahan kisar sehingga naik minyak, 
2) Masukkan asam keping 3 keping
3) Masukkan santan 200ml
4) Masuk bahan perasa garam,3sudu besar gula dan kacau smpai kuah menjadi pekat.
5) Bila kuah menjadi pekat, masukkan ayam satu persatu sehingga setengah masak.

Cara membakar ayam:
1) Keluarkan ayam dan bakar sehingga ayam masak.
2) Baki kuah boleh diletakkan sedikit demi sedikit semasa membakar.

Selamat mencuba dan menjamu selera ^-^
15:01 asYDhia

Tuesday, July 8

Teringatkan roti kat rumah yang banyak teringat juga pada puding roti...tapi mak tak pandai nak buat terpaksala google dulu..hasilnya my hubby cadangkan resepi dari SINI

Actually banyak resepi yang mak jumpa, antaranya puding roti bakar berkismis, ada coklat cip dengan kastard pun ada...tapi nak menu senang buat yang ni je la...walaupun sebenarnya susah huhuhu...susah sebab mak tak pandai nak hasilkan gula yang bagus..
 
Bahan yang mak gunakan:
1) 10 keping roti gardenia
2) 1 tin susu cair
3) 12 sudu besar gula 
4) Sedikit esen vanila
5) 4 biji telur
6) 1/2 cawan kecil air

Cara membuat:
1) Ambil roti dan potong kecil-kecil (nak carik-carik pun boleh) dan rendam bersama 1 tin susu cair dan tekan-tekan roti supaya menyerap susu tersebut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit.
2) Kacau 8 sudu besar gula di atas api yang kecil sehingga kekuningan (gunakan loyang pengukus siap-siap kerana gula cepat sejuk dan membeku sekiranya menggunakan bekas lain dan menyukarkan untuk dituang ke dalam loyang)
3) Gunakan pengisar untuk mendapatkan hasil adunan roti yang halus ( kisar 4 sudu gula, 4 biji telur, 1/2 cawan kecil air, sedikit esen vanila dan roti yang telah direndam tadi), kisar sehingga halus.
4) Sementara gula dan adunan kisar disediakan, boleh la sediakan tempat pengukus
5) Masukkan roti yang telah dikisar ke atas loyang yang sudah ada gula dimasak tadi
6) Kukus selama 30 - 40 minit
7) Biarkan sejuk seketika dan terbalikkan puding supaya menjadi seperti gambar

Selamat mencuba ^-^

** pengalaman pertama buat puding...suka sebab menjadi alhamdullilah...mak dan my hubby pun suka..my son cakap sedap sikit (sebab first time makan) ...
11:05 asYDhia